Pada
suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota
Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa
kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang
diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila
terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"
Kerana
panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu
menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal
benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi
sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah
menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu.
Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai
memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.
Pemuda
itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan
madu."
Kerana
tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa
pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi
kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan
hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah
Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu
masih berisi khamar.
Allah
Taala berfirman,
"
Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya
selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak
menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar,
maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.
Ketika
ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"
Jawab
Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "
0 komentar:
Post a Comment
"Komentar anda sangat bermanfaat untuk perkembangan blog ini. Jangan lupa adab berkomentar, dan jangan buang waktu untuk spam. Terima Kasih!!!."