Apakah
hukumnya Uang pampasan yang diterima dari Insurans Nyawa?
Insurans
Nyawa: terbahagi kepada dua bahagian:
1.Uang
yang dibayar oleh pemegang Polisi itu (si mati).
2.Uang
tambahan dari Syarikat Insurans.
Uang
yang dibayar oleh Pemegang Polisi (si mati) adalah termasuk dalam harta pusaka
yang waris-waris si mati boleh menerima bahagian masing-masing mengikut Hukum
Faraid keranaUang ini bukanlah Uang haram.
Uang
tambahan dari Syarikat Insurans itu adalah Uang syubhah yang diragukan halal
atau haramnya. Ianya hendaklah diserahkan kepada Baitul-Mal untuk digunakan
bagi faedah orang-orang Islam di Singapura seluruhnya.
Jikalau
seseorang membeli insurans nyawa, apabila sampai ajalnya Syarikat yang
berkenaan akan membayar Uang yang diinsuranskannya bersama-sama dengan bonusnya
kepada keluarga di mati. Adakah Uang insurans itu haram bagi bekalan keluarga
yang hidup?
Membeli,
menjual dan menjadi Pengendali Insurans Nyawa hukumnya adalah haram, kerana
sebab-sebab berikut:
Dalam
soal membeli insurans nyawa itu hukumnya tidak sah, mengikut keadah jual beli
dalam Islam.
Pembelian
insurans nyawa itu adalah disifatkan sebagai suatu muamalah yang samar-samar
(bergantung kepada nasib). Tiap-tiap kira bicara (transaction) yang tidak sah
adalah haram penggunaannya; kerana Nabi saw melarang sebarang penjualan yang
ada gharar (keuntungan yang menggalakkan tetapi tidak nyata).
Pihak
waris hanya berhak mendapat balik jumlah Uang yang telah dibayar oleh simati
semasa hidupnya untuk insurans itu. Ini adalah kerana konsep insurans:
merupakan suatu yayasan yang diasaskan atas dasar riba; ia bertentangan dengan
semangat bantu-membantu yang dianjurkan oleh Islam; menurut pandangan Islam
orang yang lemah mesti dibantu dan dia diutamakan daripada yang lain. Semangat
ini tidak terdapat dalam konsep polisi insurans nyawa; sumbangan atau bayaran
premium adalah tetap dan dimestikan;
Uang
itu dilaburkan menurut cara-cara yang tidak halal pada pandangan Islam; bantuan
atau kurnia yang diberikan kepada Pemegang Polisi Insurans tidaklah mengikut
kemampuan Syarikat Insurans tersebut, tetapi mengikut ketetapan
undang-undangnya;
untung
yang didapati oleh pemegang Polisi insurans adalah dikira riba, kerana
keuntungan ini tidak dapat dimasukkan ke dalam apa segi pun jenis Muammalah
yang bercorak Islam;
insurans
boleh mengakibatkan kes-kes jenayah;
pembelian
polisi insurans dalam syarikat-syarikat asing akan menambahkan kekuatan ekonomi
orang-orang bukan Islam kerana Syarikat Insurans ini kebanyakannya dikendalikan
oleh orang-orang kapitalis;
orang-orang
yang bergantung kepada insurans boleh dianggap kurang meletakkan keyakinannya
kepada takdir Allah dan bertawakkal kepada Allah;
dengan
mempunyai Polisi Insurans seseorang itu tidak berasa khuatir untuk mendedahkan diri
kepada bahaya atau membahayakan orang lain.
Saya
menaiki kapal terbang ke luar negeri. Ejen tempat saya membeli tiket telah
membayar insurans bagi melindungi saya dan keluarga saya jika berlaku
kemalangan dalam perjalanan. Dengan itu pihak insurans akan membayar sebanyak
$10,000.00 Saya tidak dikenakan apa-apa bayaran, sebaliknya yang membayar
adalah ejen tempat saya membeli tiket."
Bolehkah
keluarga saya menerima Uang bayaran dari Syarikat Insurans jika berlaku
kemalangan yang menyebabkan kematian saya?
Uang
pembayaran dari Syarikat Insurans itu halal diterima jika berlaku sebarang
kemalangan atau kematian, kerana Uang itu adalah sebagai pembayaran sagu hati.
Pembayaran itu merupakan hadiah kepada keluarga si mati tanpa sebarang syarat
dari pihak mereka.
Adakah
saya telah melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama disebabkan ejen itu telah
membayar kepada Syarikat insurans untuk melindungi saya?
Ia
tidak menjadi satu kesalahan dari segi hukum kerana anda tidak meminta dibuat
insurans itu dan tidak ada sebarang syarat pun. Mungkin juga anda tidak sedar
adanya insurans tersebut.
0 komentar:
Post a Comment
"Komentar anda sangat bermanfaat untuk perkembangan blog ini. Jangan lupa adab berkomentar, dan jangan buang waktu untuk spam. Terima Kasih!!!."