Adakah Hadith yg shohih berkenaan solat di
awal waktu Disertakan kumpulan Hadith berkaitan.
Sabda Nabi SAW :
1- الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره
عفو الله (رواه الترمذي)
Ertinya : Solat di awal waktu mendapat
keredhaan Allah dan diakhirnya diampunkan Allah . (Riwayat At-Tirmidzi tetapi
Al-Albani menyatakannya hadith Maudu’) .
Imam As-Syafie berkata : “Redha Allah krn
solat di awal waktu dari kalangan mereka yang baik, kalimah ‘keampunan Allah’
seolah2 ditujukan kepada golongan yang sedikit lalai.
2- سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل
, قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya : Ditanya Nabi SAW, apakah amalan
yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya” ( Riwayat oleh
At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani menshohihkannya)
3. Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah
sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari
bahang neraka jahannam.” ( Hadith shohih riwayat Al-Bukhari)
4. Nabi SAW bersabda : Ertinya : “Kiranya
tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar
melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam”
5. Nabi SAW bersabda : Ertinya “ Jangan
kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya” ( Riwayat Abu Daud ,
Al-Albani menyatakannya Dhoif)
6. Nabi SAW Bersabda : Ertinya :
“Lewatkanlah solat fajar , kerana ia lebih agung ganjarannya” ( Riwayat Ahmad,
Tirmizi, Nasaie , Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan
Shohih , bgmnpun Al-Haithami menyatakan dlm rawinya terdpt Abd Rahman Bin Zaid,
ia adalah Dhoif)
Demikian, hadith umum tentang fadhilat
solat di awal waktu, bgmnpun terdpt beberapa hadith yang lain yg dianggap
ditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang mana ianya memberi kesan terhadap
pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu , dikemukan pandangan mazahab
empat :-
Mazhab Hanafi : Sebaik waktu adalah di
awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh
ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dgn
hadith yg keenam di atas. Bgmnpun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap
(awal waktu) lebih afdhal.
Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar,
krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.
Mazhab Maliki : Sebaik2 waktu adalah
permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan
kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah
afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.
Mazhab Syafie : Disunatkan menyegerakan
solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang
panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.
Mazhab Hanbali : Afdhal waktu adalah di
awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah
afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di
atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.
Kesimpulan menurut penulis : Umumnya, solat
di awal waktu terlebih afdhal ketika tiada maslahat2 lain yg ingin dicapai
seperti meramaikan jemaah bg waktu subuh, Memperbanyakkan solat sunat sebelum
asar, Membolehkan Qiamullail bg Isyak dan menyejukkan bahang bg Zohor. Tanpa
Alasan dan maslahat tadi maka , semua solat adalah afdhal di awalnya.
SOALAN 2 Mewarnakan Uban dgn warna hitam
yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?
JAWAPAN :
Ulama telah bersepakat mengharuskan
mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain spt merah dll, samada dgn
inai dan apa jua pewarna yg dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah,
jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj,
As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina’, Al-Bahuti, jld 1, ms 77)
Mereka semua berdalilkan dgn hadith2
riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai
sanad hasan dan shohih dgn perawi yg thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami
dalam kitabnya Majma’ az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dlm Naylul Awtar.
Bgmnpun ia diikat dgn syarat berikut :-
Pewarna tersebut bukannya jenis yg kekal ,
jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
Menggunakan pewarna yg suci dan halal.
Tidak mengakibatkan mudarat terhdp
kesihatan individu. Spt Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau
allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
Memutihkan rambut iaiatu dgn mengikis warna
hitamnya dgn tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik,
adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini
seperti berikut :-
Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu
Hanifah, sebahagian ulama Syafie spt Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan
menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut,
janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” ( Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan
pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak
Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yg
mewarnakan rambutnya dgn warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya
di akhirat kelak” (Al-Haithami, bgmnpun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak
lemah, bgmnpun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie.
Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dgn dalil kumpulan pertama
tadi.
Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn
Sirin.
Dalil mrk :
Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang
kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan
lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bgmnpun ia adalah hadith Dhoif)
Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi’ein
ramai juga yg mewarnakan rambut mrk dgn warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin
‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’
az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab
mempunyai dalil masing2 yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi
meringkaskan tulisan ini.
Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang
bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan
bagi menggabungkan hadith2 ini. Ia sepertiberiikut :
Hadith larangan adalah menujukan kepada
larangan penipuan umur yg tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bg kelihatan
lebih muda. Tidak kira dari klgn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh
Islam.
Adapun hadith yg mengharuskan adalah dlm
keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bg menakutkan
musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit
dll.
Sekian,
0 komentar:
Post a Comment
"Komentar anda sangat bermanfaat untuk perkembangan blog ini. Jangan lupa adab berkomentar, dan jangan buang waktu untuk spam. Terima Kasih!!!."